Sunday, 9 November 2008

MEMO PLUS



Otak adalah organ yang paling kompleks dalam tubuh manusia. Sungguhpun penyelidikan bertahun-tahun sudah dilakukan terhadap proses biologi yang tersembunyi di sebalik tindakan spesifik otak, ia masih menjadi misteri dan mencabar akal manusia.

Di samping mengawal dan menyelaraskan proses penting kehidupan, otak mengatur operasi tahap tinggi seperti daya ingatan dan kognisi (pengetahuan), fungsian yang membolehkan kita berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak.

Bagaimanapun, keupayaan mental ini (berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak dsbnya..) semakin berkurangan dengan ketara seiringan dengan peningkatan usia dan faktor seperti tekanan perasaan boleh mempercepatkan kesan-kesan ini pada peringkat usia lebih muda. Sampai suatu tahap, kesan-kesan itu akan semakin teruk sehingga. seseorang yang masih berkeadaan kesihatan fizikal yang baik tidak dapat melakukan tugas harian yang mudah-mudah sekalipun.

Herba untuk Ingatan

Brahmi atau Bacopa monniera dalam bahasa Latin, ialah sejenis tumbuhan menjalar yang ditemui di sepanjang pinggir batas dan kolam di serata India. Herba Brahmi ini digunakan selama lebih 3000 tahun di India sebagai ubat tradisional untuk mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran dalam sistem perubatan Ayurvedik India.
Khasiat MEMO PLUS GOLD

1. Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan, pemerolehan, pengukuhan dan pengekalan.
2. Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
3. Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
4. Khasiat anti-penuaan dan tindakan antioksidan.
5. Kekurangan tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
6. Kes AAMI pada warga tua dan ADHD pada kanak-kanak.
7. Kelemahan kognitif berkaitan strok (demensia vaskular VaD).
8. Ketaknormalan otak dan merupakan makanan tambahan semula jadi untuk membantu mengurangkan jenis demensia lain seperti penyakit Alzheimer .
9. Ia berkhasiat lebih kuat dan mempunyai corak tindakan lebih baik berbanding dengan pati Withania somnifera (Ashwagandha), Gingko biloba, Ginseng dan Centelle asiatica (Gotu kola).
MEMO PLUS GOLD sesuai untuk semua peringkat usia, dan disarankan untuk pengguna dalam kategori yang menghadapi tekanan tinggi. Ia juga boleh diambil sebagai antioksidan dan makanan tambahan, untuk menenangkan minda dan tubuh bagi pengguna yang mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi).

Cara Pengambilan :
Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.
Harga cuma RM50.00 untuk 60 biji kapsul.

No comments: