



Detoks atau nyahtoksin merupakan satu proses penyingkiran bahan toksik daripada tubuh . Ia amat diperlukan untuk meneutral, mengimbang dan mengubah struktur sel badan kembali pada tahap tidak berbahaya.
Pembantu Pengurus Produk, Cambert (M) Sdn.Bhd, Tania Lee memberitahu, badan menyingkirkan toksin secara semula jadi melalui organ-organ perkumuhan iaitu sistem pencernaan dan hati. Namun, kedua-dua sistem ini turut memerlukan rehat secara berkala dan sokongan agar dapat terus berfungsi secara optimal.
"Orang ramai harus tahu bahawa sistem penghadaman terutamanya usus manusia bagaikan paip di bawah sink yang menyalur keluar air semasa aktiviti pencucian. Kebiasaannya, segala kekotoran seperti bahan berminyak terus dibuang melalui paip tersebut.
"Dengan ini, dinding paip akan menjadi kotor dan lama-kelamaan tersumbat pula segala sisa yang dibuang. Masa itulah kita akan bertungkus lumus membersihkan paip yang tersumbat itu. Senario sama berlaku pada usus manusia apabila partikel makanan yang tidak terhadam akan berkumpul dan terbentuk pada dinding kolon," katanya ketika ditemui Kosmo! pada satu pertemuan istimewa di Wisma DLS, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Beliau berkata, bagi menyingkirkan timbunan toksin dalam badan, syarikatnya memperkenalkan Juvanex yang berfungsi sebagai penyingkir toksin badan.
"Juvanex di formulasi khas dengan Total Cleanze, suatu ramuan eksklusif semulajadi untuk menyingkirkan toksin berlebihan dalam badan di samping memelihara kesihatan sistem penghadaman dan hati. Kombinasi unik Total-Cleanze' ini mengandungi serat larut, tidak larut, probiotik dan prebiotik serta herba pembersihan seperti milk thistle, dandelion dan biji anggur.
"Kaedah menyah toksin ini dilengkapi dengan satu program yang mengambil masa tujuh hari bagi memulihkan keseimbangan badan secara semula jadi sehingga sihat dan segar. Selain menyahkan toksin, produk ini menyokong sistem penghadaman dan fungsi hati," jelas mengenai minuman terbaru yang boleh didapati dalam perasa limau.
Tania jelas lagi, Juvanex juga adalah penyelesaian yang sempurna untuk masyarakat bandar yang sentiasa mengejar masa. Ini kerana dalam tempoh tujuh hari itu minuman tersebut bertindak untuk menyingkirkan toksin terkumpul, menambah tenaga dan kecerdasan.
"Ia juga membaiki perjalanan usus, penghadaman dan pengeluaran toksin, mencerahkan warna kulit serta menambah seri, meningkatkan kesejahteraan dan pemikiran, mengurangkan risiko masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser, masalah reproduktif, penyakit jantung, asma serta Alzheimer.
"Produk ini turut membantu mengurangkan berat badan jika mematuhi panduan nyahtoksin dan diet seimbang," ujarnya.
Tambah beliau lagi, air merupakan komponen penting di dalam apa-apa jua program pembersihan. Amalan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari untuk menyokong program nyahtoksin bagi menikmati kesihatan berpanjangan.
"Orang ramai juga tidak semestinya mengubah diet sepanjang menjalani program ini. Walaubagaimanapun, cuba mengambil makanan lebih ringan kerana pembakaran lemak di dalam kuantiti yang sedikit akan membantu menyingkirkan toksin tersimpan di dalam sel-sel lemak.
"Juvanex dijamin selamat kerana ia diluluskan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga disahkan halal oleh
Gabungan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ), yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia," katanya.
Produk yang berasal dari New Zealand ini dijual pada harga RM160 (Malaysia Barat) dan RM168 (Sabah dan Sarawak) bagi botol 280g. Juvanex boleh didapati di semua kedai farmasi utama di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment