Monday 24 August 2009

Kena Pakai Mask- Dr. Mahathir


Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).

Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.

Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.(B.Harian)

NAJIB, Rosmah dan Raja Nong Chik berbual dengan Tun Dr Mahathir apabila terserempak di bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Kempen pemakaian topeng muka perlu dimulakan oleh Perdana Menteri. Ayat yang mungkin Dr. M cakap masa jumpa DS Najib tu : "Awat hang tak pakai face mask,Najib? Hang kenalah tunjuk contoh teladan kepada rakyat".

No comments: